Suatu hari
Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama
beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai
hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur.
Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah
SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya
Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak
seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan.
Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita
itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.
Sahabat-sahabat
agak heran dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan
tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu
terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan
bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau
memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya
habiskan semuanya.”
Begitulah akhlak
Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang
biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir
itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin
mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau
masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia
Rasulullah SAW.
Subhanallah...
Begitulah indahnya
akhlak rasulullah,
Semoga kita
senantiasa mampu mengingat dan memaknai cerita ini untuk terus berbenah dan
menjadi berbekal,
http://virouz007.wordpress.com/2012/04/11/rasulullah-dan-jeruk-limau/

Tidak ada komentar:
Posting Komentar