Ada seorang wanita
yang kaya,hartawan dan banyak ternakan.
Pada suatu hari wanita itu telah menghadiahkan seekor kambing kepada
Luqman Hakim dan kemudian dia berpesan kepada hambanya seraya berkata,
”Apabila
kamu sampai kepada Luqman Hakim,setelah kambing itu di sembelih,mintalah
bagian yang tidak baik pada kambing itu,kerana aku mahu memakannya”.
Setelah kambing
itu disembelih,luqmam hakim pun mengambil beberapa bahagian dari kambing
itu yang terdiri dari hati dan lidah,
lalu dibungkusnya, Kemudian diserahkan
kembali kepada hamba wanita itu.
Hati dan Lidah itu dibawa pulang.
Terperanjat
sungguh wanita itu setelah melihat isi kandungan bungkusan tersebut.
”hati dan
lidah ini bagus dan baik,tetapi mengapa Luqman Hakim memberiku hati dan lidah
ini”?
Sedangkan yang aku minta bagian yang tidak baik dan tidak bagus”?
“Tidak
mengapalah!”sambung wanita itu kembali.Dia pun berlalu.
Hati dan lidah dimasak
dan di nikmati dengan penuh selera.Setelah makan dia pun berfikir.
”Kenapa
Luqman hakim memberiku hati dan lidah kambing ini?Sedangkan apa yang aku minta
adalah benda yang tidak baik darinya”?
Selang tiga hari
selepas itu ,wanita tersebut memanggil
hambanya untuk menangkap seekor kambing lagi sambil berkata,”Kamu bawalah
kambing ini kepada Luqman Hakim dan kamu beritahu kepadanya,setelah
disembelih,aku minta bahagian yang baik-baik dan berikan kepadaku”.
Luqman Hakim
seorang yang bijaksana.Setelah kambing yang kedua ini disembelih,diambil
sebahagian daripada hati dan lidah kambing itu dan dibungkusnya.Kemudian diberikan
kepada hamba wanita itu tadi untuk dibawa pulang.
Di rumah.sekali
lagi wanita itu terperanjat.Ternyata Luqman Hakim tetap memberikan hati dan
lidah kepadanya.Lalu hati dan lidah itu dimasaknya.Ketika makan,sempat wanita
itu berfikir sejenak.
“Apa sebabnya aku
minta yang tidak baik diberi hati danlidah,di minta yang baik pun diberi hati
dan lidah juga”.wanita itu tidak mengerti apakah yang tersirat dan tersurat di
sebalik semua itu..
Akhirnya untuk
memuaskan hati,wanita tersebut pergi menemui Luqman Hakim.Dia berharap agar
segala persoalannya terjawab.”Wahai Luqman Hakim yang bijaksana,apakah
pengajaran di sebalik apa yang kau berikan kepadaku?apakah pengajaran disebalik
semua ini wahai Luqman Hakim”?
Luqman Hakim pun
berkata.
”Hati itu adalah tempat iman ,keyakinan dan jatuhnya pandangan Allah
kepada hamba-Nya.
Sedangkan tempat lain jatuhnya pandangan manusia.utamakanlah
tempat jatuhnya pandangan Allah,aku bimbang kalau hati kita ada sifat-sifat
mazmumah,takut iman dan hidayah akan terkeluar .Sebab itu saya kirimkan kepada
puan,hati.Hati yang perlu dijaga”.
“Dan begitu juga
lidah.Lidah lebih tajam dari mata pedang.Dengan lidah orang boleh
bermusuhan,bercerai berai,binasa dan memutuskan silaturrahim.Orang boleh
berpuasa tetapi lidah nya tidak di jaga
dengan mncaci dan mengata orang lain.Akhirnya tempat dia menjadi ahli neraka”.
Hati dan lidah itu
adalah pokok segala kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Dari hati dan lidah
juga akan terbit segala kejahatan dan keburukan.
“maka,jagalah hati
dan lidah itu dengan sebaik mungkin.InsyaAllah,kita akan memperolehi
keselamatan di dunia dan di akhirat”.Jelas dan nyata kata-kata Luqman Hakim
itu.Wanita itu mengangguk faham.
http://dhilazulrus.blogspot.com/2011/07/kisah-hati-dan-lidah.html

Tidak ada komentar:
Posting Komentar